Khalili Hanun - Halal Home Made Chocolates

F.A.Q

1. Bagaimanakah untuk membuat pesanan?
Untuk membuat pesanan, anda di perlukan untuk mengisi Borang Pesanan / Order Form yang telah disediakan. Masukkan segala butiran yang dikehendaki dan tekan butang 'hantar'. Pihak kami akan menerima borang pesanan anda dan akan memproses pesanan anda. Seterusnya, pihak kami akan membalas pesanan anda dengan memberikan anda jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar beserta dengan no akaun bank yang di perlukan untuk membuat pembayaran. Selepas anda membuat pembayaran, sila maklumkan kepada pihak kami melalui email / sms beserta dengan salinan bukti pembayaran untuk membolehkan kami menyediakan pesanan anda dan seterusnya menghantar coklat yang di pesan kepada anda.

2. Berapa lamakah tempoh yang di perlukan untuk saya membuat tempahan?
Bagi mengelakkan sebarang permasalahan, anda di galakkan untuk membuat tempahan seawal 7 hari bagi setiap tempahan di bawah 500pcs coklat. Dan bagi tempahan coklat yang melebihi 500pcs, tempahan seawal 1 bulan adalah di galakkan. Namun demikian, anda boleh menghubungi kami sekiranya anda membuat tempahan 'last minit'. Sekiranya, kami mempunyai kelapangan bagi menyediakan tempahan anda, anda akan dimaklumkan. Pihak kami juga amat menitik beratkan kualiti produk yang di hasilkan berbanding kuantiti tempahan yang diterima.

3. Bagaimanakah saya boleh membuat pembayaran?
Selepas anda mengisi maklumat yang diperlukan di borang pesanan yang di sediakan, pihak kami akan membalas pesanan anda dengan memberikan no akaun bagi membolehkan anda memasukkan jumlah bayaran bagi pesanan anda. Selepas pembayaran di lakukan, sila maklumkan kepada pihak kami melalui email / sms beserta salinan bukti pembayaran bagi membolehkan kami memproses pesanan anda.

4. Adakah saya perlu membayar wang pendahuluan/deposit?
Sekiranya anda membuat tempahan 500pcs coklat, dimana anda perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh penghantaran, anda di kehendaki membuat bayaran penuh. Dan, sekiranya anda membuat tempahan coklat dalam kuantiti yang banyak iaitu melebihi 500pcs, anda perlu membuat tempahan 1 bulan lebih awal sebelum tarikh penghantaran. Ini bermakna, anda perlu membuat pembayaran 50% daripada jumlah keseluruhan bermula daripada tarikh anda membuat pesanan. Baki sebanyak 50% bayaran perlu diselesaikan 7 hari sebelum tarikh penghantaran. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang bakal berlaku.

5. Apakah kesannya sekiranya saya membatalkan pesanan?
Sekiranya anda telah membuat pesanan dan sudah membuat pembayaran, anda telah pun bersetuju dengan syarat-syarat perkhidmatan kami yang akan di berikan kepada pihak anda kelak. Namun sekiranya, anda berniat untuk membatalkan pesanan, wang pendahuluan yang telah di berikan TIDAK akan dipulangkan. Namun, sekiranya pihak kami terpaksa membatalkan pesanan anda, pihak kami akan memulangkan wang pendahuluan anda. Pihak kami juga akan memaklumkan kepada pihak anda selewat-lewatnya 2 Minggu sebelum tarikh penghantaran di lakukan sekiranya pembatalan pesanan berlaku. Sekiranya pembatalan pesanan di lakukan oleh pihak kami dalam tempoh kurang 5 hari daripada tarikh penghantaran, maka pihak kami akan membayar ganti rugi kepada pihak anda.

6. Adakah coklat ini dijamin Halal?
Ya. Coklat yang di hasilkan adalah menggunakan bahan-bahan yang telah di sahkan halal oleh Jakim. Antara bahan kandungan yang di gunapakai adalah merupakan Compound and Couvetere Coklat keluaran Syarikat XXXXX dimana no pendaftaran sijil Halal mereka adalah XXXXX.

7.  Adakah penghasilan coklat ini menitik beratkan isu-isu kebersihan?
Penghasilan coklat ini amat menitik beratkan aspek-aspek kebersihan dari segi alatan, bahan-bahan serta pembuat coklat itu sendiri. Ini adalah bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan terjamin.

8. Bagaimanakah coklat ini boleh di dadapati?
Untuk masa ini, kami hanya menjalankan aktiviti perniagaan di rumah. Ini beerti coklat ini hanya boleh di dapati dengan membuat tempahan terlebih dahulu. Namun demikian, kami mensasarkan untuk membuka sebuah kedai bagi membolehkan anda mendapatkan coklat buatan kami tanpa sebarang tempahan.

9. Berapa lamakah coklat ini dapat bertahan?
Coklat buatan tangan ini mampu bertahan sehingga sebulan di dalam suhu bilik dan lebih daripada 6 bulan di dalam suhu peti sejuk.